Saturday, November 3, 2012

KHUTBAH JUMAAT MINGGU INI... Zakat Suatu Kefardhuan 2 HB NOVEMBER 2012 / 17 ZULHIJJAH 1433



Zakat Suatu Kefardhuan 2/11/2012 / 17 ZULHIJJZH 1433


                                                                                
MASJID SUNGAI MERLONG,
83100 RENGIT, BATU PAHAT, JOHOR
 _________________________________________________________________________________


Maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya".


Sidang Jumaat yang dihormati Allah sekelian,

Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT hanya kepada Allah jualah tuhan yang layak disembah, tiada tuhan melainkan dia, Allah SWT jua tempat kita memohon sesuatu, tuhan sekelian alam. Hanya melalui Iman dan ketakwaan kita boleh menjadi hamba Allah yang diredainya.

1. Untuk kita mencapai darjat sebenar-benar orang yang bertakwa, tiada cukup hanya sekadar kita mengerjakan solat fardu dan sunat-sunat, tidak cukup hanya sekadar mengerjakan haji dan umrah berulang-ulang kali, tetapi kita juga mesti menunaikan zakat yang diwajibkan untuk kita melaksanakannya. Malaj Allah SWT dalam Al-quran Al-karim sering kali mengandingkan pemberian zakat ini dengan penunaian solat fardhu.

Sebagimana dalam ayat 43 Surah Al-Baqarah - سورة البقرة yang dibaca diawal khutbah tadi yang bermaksud; 
   "Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk".

2. Zakat merupakan suatu kefardhuan kepada umat Islam. Ia dilaksanakan sebagai rukun Islam yang ketiga. Bahkan lafas zakat ini diulang sebanyak 32 kali dalam Al-quran. Banyaknya pengulangan lafaz zakat ini menunjukkan bertapa pentingnya zakat ini kepada Islam dan umatnya. Malah dizaman saidinna Abu Bakar Al-sidiq menjadi khalifah, beliau mengarahkan agar orang yang enggan membayar zakat itu diperangi. Ini kerana kewajipan zakat bukanlah atas dasar atas arahan manusia tetapi ia adalah perintah Allah yang mesti dilaksanakan.

Ini dijelaskan pada Firman Allah Pada Surah At-Taubah - سورة التوبة ayat 103;


Sesungguhnya zakat menafaatnya bukan sahaja diterima oleh orang yang layak menerima zakat, tetapi menafaat zakat itu sebenarnya turut diterima oleh orang yang memberinya. Ingatlah, zakat itu sebenarnya mesucikan harta, zakat itu juga menghapuskan dosa orang yang telah menunaikan zakat. Bahkan zakat dapat mendidik jiwa dan tingkah laku pembayar zakat itu kepada akhlak yang lebih baik, menghalang diri daripada sikap dan akhlak yang buruk.  


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekelian,

3. Kewajipan zakat itu bukan terhad kepada zakat fitrah yang dibayar di bulan Ramadhan semata-mata, tetapi zakat itu merangkumi zakat harta yang terdiri daripada pelbagai jenis zakat iaitu; Zakat Perniagaan, Zakat Emas dan Perak, Zakat wang Simpanan, Zakat Saham, Zakat Pendapatan, Zakat Pertanian, Zakat Ternakan dan Zakat Galian atau Rekas.

Semua zakat itu tidaklah dikenakan sepanjang masa tetapi zakat itu hanya dikenakan setelah cukup semua syarat wajib zakat seperti Sempurna Milik, cukup nisab iaitu kadar harta yang minima yang akan dikenakan zakat, kecuali zakat pendapatan dan zakat pertanian, zakat harta yang lain disyaratkan Sempurna Houl iaitu hendaklah berada didalam pemilikan dan simpanan selama 12(Dua Belas) bulan Hijrah.                                         


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekelian,

4. Mengikut Enikmin Pelembagaan Negeri Johor 2003, di Negeri Johor zakat hendaklah dibayar kepada Majlis Agama Islam Negeri melalui kaunter-kaunter di Pejabat Kadi daerah-daerah atau amil-amil zakat yang diberi tauliah. Di Majlis Agama Islam Johor setiap wang pungutan zakat itu akan diagih-agihkan kepadda golongan yang berhak atau disebut Asnab Zakat (). Pengagihan zakat kepada Asnab Fakir dan MIskin contohnya akan dibuat berdasarkan "Had Alkafiat" () atau Keperluan Asasi pada asnab-asnab zakat, sebagaimana yang telah ditetap kan oleh syarak. "Had Alkafiat" () adalah merangkumiMakan dan Minum, Pakaian, Tempat Tinggal, Pelajaran, perubatan dan penganggkutan.Semua ini sentiasa diambil kira dalam pengagihan wang zakat.

Pengagihan wang zakat ini mengikut ketetapan sebagaimana dinyatakan oleh Allah SWT dalam Surah At-Taubah - سورة التوبة ayat 60; 
 Maksudnya;
"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekelian,


5. Adapun kengganan orang engkar memberi zakat walaupun telah cukup syarat wajib baginya serta memiliki kemampuan untuk membayarnya, Allah Taala mengelar golongan ini sebagai ' Bakhill" () Sifat "Bakhill" ini Allah Taala nyatakan adalah sifat yang buruk bagi manusia kerana segala apa yang ada dilangit dan bumi,

 semuanya adalah kepunyaan Allah. Ini di jelaskan pada ayat 180 Surah A-li'Imraan - سورة آل عمران


"Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan".


Ingatlah, wahai hadirin sekelian, sebenarnya harta yang dikurniakan kepada kita iaitu berupa Wang Upah, Gaji, Harta, Emas, Perak, Ternakan, Tanaman, Keuntungan, Pertanian dan sebagainya, semua adalah kepunyaan Allah AWT. Pada hakikatnya kita hanya merupakan pentadbir amanah bagi harta tersebut. Pada harta-harta itu ada hak yang perlu dibagikan kepada mereka yang lebih berhak.

Oleh itu marilah kita bersama-sama melihat harta-harta yang kita miliki. Jika telah cukup sempurna syarat wajib yang telah ditetapkan oleh syarak, sergalah menyempurnakan zakat. Ia merupakan kefardhuan kepada umat Islam. Mudah-mudahan zakat yang telah kita keluarkan itu menjadikan kita ini hamba Allah Taala yang bertakwa dan mendapat keredaan di dunia dan akhirat.




Maksudnya;
 "Taa, siin. Ini ialah ayat-ayat Al-Quran, juga Kitab yang jelas nyata (kandungannya dan kebenarannya)(1), Menjadi hidayah petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman(2), Iaitu mereka yang tetap mendirikan sembahyang dan memberi zakat, sedang mereka pula percaya dengan yakin akan hari akhirat(3).
Surah An-Naml - سورة النمل











Imam ; Tuan Hj. Karim bin Yatim
Bilal    : Tuan Hj. Abd Razak bin Hj. Sahar
KHUTBAH JUMAAT MINGGU INI. Zakat Suatu Kefardhuan 2 HB NOVEMBER 2012 / 17 ZULHIJJAH 1433





0 comments:

 

Kaki Masjid

Suka Masjid