Sunday, October 14, 2012

KEGAWATAN DI PADANG MASYAR


KHUTBAH JUMAAT MINGGU INI
Masjid Sungai Merlong,
83100 Rengit, Batu Pahat, Johor
Jumaat 12 hb oktober 2012 / 26 Zulkeadah 1433


أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَّعَلَى أَلِهِ وأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْن

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله. إِتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.


Sidang Jumaat yang di rahmati allah,
Marilah kita bersama bertakwa kepada allah SWTdengan sebenar-benar takwa. Semoga dengan bertakwa kita mendapat rahmat dan hadiah dari allah SWT.
Firman allah SWT;

1. Makhluk dan alam luas ciptaan allah SWT akan tiba masanya menempuh saat kemusnahan dan kehancuran. Tumbuhan, besi, makanan dan anak-anak akan layu, basi, akan tua dan mati. Begitu juga dunia yang kita diami ini juga semakin tua. Perkara ini berlaku bukanlah terjadi secara kebetulan tetapi sesuatu petanda awal bahwa seluruh ciptaan allah SWT akan menemui kemusnahan pada suatu detik yang dinamakan KIAMAT.
- Tiupan sengkakala pertama bermula Kiamat. Manakala sengkakala yang kedua menandakan kebangkitan manusia yang mati sejak zaman nabi Adam sehingga manusia terakhir ketika berlaku kiamat.
- Roh dan tubuh badan manusia yang hancur ketika di dalam kubur di alam barza bercantum semula hingga lengkap seperti tubuh kita sebelum mati untuk menghadapi Hari Pengadilan.
- Kedasyatan Kiamat ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah Surah At-Takwir  ayat 1-3
maksudnya;
(1).  Apabila matahari dilengkari chayanya dan hilang lenyap, (2).  Dan apabila bintang-bintang berjatuhan, (3).  Dan apabila gunung-gunung diterbangkan ke angkasa serta dihancurkan menjadi debu, 
2. Kebangkitan semula manusia selepas kiamat akan dihidupkan di suatu tempat yang dipanggil "Padang Masyar" untuk menghadapi perbicaraan atau timbangan amal yang dierjakan semasa hidup di dunaia.
- Di setiap sudut padang Masyar penuh sesak dengan manusia dan jin untuk bersama-sama mengharungi hari hisab.
Menurut Imam Azali, "Padang Masyar itu suatu dataran yang maha luas, sayu mata memandang yang keluasaannya tidak dapat hitung dengan ilmu manusia, keadaandataran yang putih dan rata, tiada gunung ganang dan tiada pokok kayu untuk dijadikan tempat berteduh".   
 3. Pada dataran putih yang maha luas itulah manusia yang baru dihidupkan semula diperintah ke sana seperti binatang ternakan yang keluar dari kandangnya atau seperti kanak-kanak yang baru lahir, dengan keadaan berkaki ayam dan bertelanjang bulat tanpa pakaian. dalam keadaan terlalu gawat menghadapi cabaran masyar itu manusia terlupa dirinya tidak berpakaian kerana memikirkan bagaimana hendak menyelamatkan diri masing-masing. 

4. Abu Hurairah berkata,
 " Beliau hendak mendengar Rasullah SAWberpidato dihadapan para sahabat bahawa manusia di Padang Masyar akan dibangkitkan dalam tiga (3) bentuk,
         i.  Manusia yang dibangkitkan dengan keadaankenderaan sudah tersedia untuk membawa mereka,
         ii. Manusia yang berjalan kaki dan
         iii.Manusia yang berjalan dengan mukanya tertonggeng ke tanah
Digambarkan juga suasana hiruk-pukik dan kucir-kacir yang menyelebungi manusia ketika berada "al-masyar" masing-masing sibuk dengan hal tersendiri. Ada yang berjalan, ada yang merangkak-rangkak dan bermacam-macam lagi dalam suasana panas cahaya matahari yang berada hanya sejengkal di atas kepala manusia pada masa itu. Ada setengah manusia ditenggelami dengan peluh yang banyak dan berbau busuk, semua keadaan ini bergantung kepada tahap amalannya semasa di dunia". 

5. Yakinilah bahawa setiap manusia di Padang Masyar nanti akan melalui perbicaraannya, disoal dan diperiksa satu persatu,  tidak akan terkecuali suatu pun dari hidupnya di dunia sekalipun yang sulit dan tersembunyi.
- Bahkan semua anggota dan bahagian-bahagian tubuh yang kecil pun ditanya akan apa yang telah dilakukan.
Rasullah SAW bersabda; ertinya, " Tidak berganjak kedua kaki setiap anak Adam dari tempat berdirinya di Mahkamah tuhan pada hari Kiamat sehingga ia disoal empat (4) perkara ; Tentang  Umurnya Pada Perkara Apakah Ia Habiskan Dan Tentang Masa Mudanya Untuk Apa Digunakan Dan Tentang Hartanya Bendanya Dari Manakah Ia Dapat Dan Apa Perkara Apakah Ia Belanjakan Dan Juga Tentang Apa Amalan Yang Telah Dilakukan Seusia Dengan Apa Yang Telah Diketahuinya?". (Al Tarmizi)
6. Untuk Itu semasa kita masih hidup dan bernafas ini masih ada peluang yang berbuat, marilah kita melakukan Muahasabah diri, sentiasa betaubat kepada Allah SWT dan membuat penilaian amalan setipa hari apakah amalan dan tingkahlaku kita dengan Allah SWT dan hubungan sesama manusia selari dengan al-quran dan al-sunnah.
- Mudah-mudahan muhasabah yang kita lakukan ini dapat menyelamatkan kita daripada melakukan perbuatan yang dibenci dan tidak diredai oleh Allah SWT.
- Semoga Muhasabah itu menjadikan kita ini hamba yang bertakwa dan diredai oleh Allah SWT.

Sebagai Renungan marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT dalam surah Ibhrim Ayat 42-43;


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَلَّ اللهُ مِنِّيْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ، إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.

 Khatib oleh : Imam Tuan Hj. Abd Aziz bin Hj. Hasan 
Bilal oleh     ; Tuan Hj Abd Razak bin Hj. Sahar
Jumaat ; 12 hb oktober 2012 / 26 Zulkeadah 1433

0 comments:

 

Kaki Masjid

Suka Masjid