KHUTBAH JUMAAT MINGGU INI ; Pembentukkan Akhlak Yang Mulia
MASJID SUNGAI MERLONG,
83100RENGIT, BATU PAHAAT, JOHOR
26 OKTOBER 2012 / 10 ZULHIJJAH 1433
Sidang jammah yang dihormati Allah,
Marilah kita bersama bertakwa kepada allah SWTdengan sebenar-benar takwa. Semoga dengan bertakwa kita mendapat rahmat dan hadiah dari allah SWT.
Firman allah SWT;
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."
Sidang jammah yang dihormati Allah,
1. "Haajat Al-islam Al-Imam Al'Razali" (
Akhlak yang baik atau budi pekerti yang mulia itu "setengah daripada iman", Hasil mujahadat mutakin dan latihan Para Ahli IBadat. Akhlak yang baik merupakan perhiasan diri seorang manusai, sebagaimana dalam satu majlis, bunga menjadi perhiasan, maka bergitu juga kepada manusia. Akhlak yang mulia menjadi perhiasan yang menyebabkan terpautnya hati manusia kepada sesaorang manusia. Bahkan dalam hati sanubari orang yang bagaimana jahat sekali pun, akan tetap menyanjung sesaorang yang berakhlak mulia.
2. Dewasa ini pelbagai kisah keruntuhan akhlak dalam masyarakat kita yang dipaparkan. Ini semua berpunca daripada runtuhnya akhlak dalam pengamalan masyarakat kita. Gajala ini hanya boleh diatasi dengan mengamalkan akhlak yang mulia. Dengan ujudnya masyarakat berakhlak mulia segala permasalahan dapat dibendung dan dikurangkan.
Al-quran yang dikurniakan kepada umat Islam merupakan wahyu daripada Allah kepada kekasih kita Nabi Muhammad
Melalui akidah yang mantap dan iman yang kukuh, diikuti perlaksanaan serta syareat Islam yang sempurna, semua ini berupaya membentuk perilaku akhlak yang mulia.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah,
3. Syarat Islam adalah peraturan Allah SWT yang cukup sempurna dan yang lengkap setiap masa, keadaan dan tempat. Ia merangkumi semua bidang kehidupan manusia. Setiap muslim yang meneliti, mengkaji, menghalusi dan menghayati syarat Allah dengan hati nurani yang terbuka, penuh dengan keikhlasan dan ketakwaan. Ia akan memperolehi natijah bahwa syarat Islam mampu menyelamatkan manusia daripada segala fitnah dan tipu daya kehidupan, kerosakan, kemenyesaatan, penindasan dan kekejaman. Ia akan membawa manusia kedarjat yang paling tertinggi dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat. Dan yang terpenting adalah manusia mendapat darjat keradaan Allah dan terselamat dari kemurkaan Allah SWT.
Dengan perlaksanaan syarat oleh setiap muslim akan lahirnya masyarakat yang akhlak yang murni. Ini kerana Syarat itu bertujuan untuk melahirkan keselamatan, kesejahteraan, kedamaian dan kebahagiaan kehidupan dunia dan akhirat.
Saidana Umar bin Alhattab menungkapkan bicara yang menjelaskan dimanakah letaknya kemuliaan sesaorang insan, beliau berbicara sebagaimana yang direwayatkan oleh Al-iman Al-Hakim;
(Riwayat Al-Hakim) Ertinya;"kita adalah suatu kaum yang telah dimuliakan Allah SWT dengan Islam, maka bertapa pun kita kemuliaan tanpa mengikuti cara-cara yang dimuliakan Allah dengannya, nescaya kita akan dihina oleh Allah SWT".
Seorang punjaga Arab berkata;
Ertinya; "Apabila Iman telah hilang dari diri manusia, tiada keimanan lagi, tiada erti keduniaan bagi sesiapa yang tidakmenghidupkan agamanya, sesiapa reda kehidupan dunia tanpa agama maka sesungguhnya mereka telah menempah kebinasaan sebagai rakan karibnya".
Baginda Rasullah bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad;
"
Ertinya; "orang mukmin yang paling sempurna keimanannya adalah orang yang paling baik akhlaknya".
Rasullah
"Bahawasenya manusia yang berakhlak mulia, dapat mencapai darjat yang tertinggi dan kedudukan yang mulia di akhirat, dan sesungguhnya orang yang lemah ibadahnya dan buruk akhlak akan menjadi orang yang rendah darjatnya ditingkatnya neraka jahanam".
Sidang Jumaat yang dirahmat Allah Sekelian,
5. Oleh itu, marilah kita semua mempertingkatkan amalanakhlak yang baikdan "mahmudah" sejajar dengan tuntutan agama kita yang mulia. Pembentukan akhlak yang tebaik hanya dapat dicipta sekiranya kita menghayati dengan sebenar-benarnya ajaran Islam melalui keimanan yang teguh, perlaksanaan Syarat Islam yang semuanya bersumberkan daripada Al-quran dan Asunnah.
Maksudnya; "dan janganlah kamu berbuat kerosakkan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikkan padanya dan berdoalah kepadanya dengan perasaan bimbang kalau-kalau tidak diterima dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya".
IMAM; Tuan Hj. Abd Aziz bin Hj. Hassan
BILAL ; En. Mohammad Nizam bin Mohammad Nor
KHUTBAH JUMAAT MINGGU INI 26 HB OKTBER 2012 / 10 ZULHIJJAH 1433
0 comments:
Post a Comment