Ketua Kampung Sungai Merlong En. Othman bin Halik adalah Penaung Kepada AJK Masjid Jamek Sg.Meelong yang Dipengerusikan Oleh En. Mohd. Seth bin Hj. Mohd. Said.
1.Biro Pembangunan dan Ekonomi; Di pengerusikan oleh En. Manas bin Ajid@Abd. Majid.Berfungsi Melaksanakan sistem kewangan yang seragam mengikut buku panduan kewangan yang sedia ada dan mengurus kewangan dan dana masjid dengan sistematik. Serta menguruskan kemudahan dan keperluan masjid.
2.Biro Pendidikan dan Dakwah, Dipengerusikan oleh En. Ahmad bin Mustafa berperanan sebagai Menjadikan masjid sebagai pusat ilmu pengetahuan yang mempunyai segala kemudahan pembelajaran dan pendidikan. Selain mengajak manusia spaya beriman dan beramal soleh.
3. Biro Kebajikan, Sosial dan Kebudayaan; Dipengerusikan oleh En. Reduan bin Md. Noh bertanggungjawab sebagai memberi bantuan kepada pelajar-pelajar miskin, anak-anak yatim, golongan fakir dan miskin, orang sakit, uzur, musafir dan mualaf. Membuat kajian dan statistik ahli kariah mengenai bilangan penduduk seperti golongan lelaki, wanita, remaja, kanak-kanak, Islam dan bukan Islam, fakir miskin, mualaf, ibu tunggal, kanak-kanak istimewa, golongan profesional, ahli-ahli koporat dan lain-lain.
4. Biro Kebersihan dan Keceriaan; Dipengerusikan oleh En. Taib bin Sahar berperanan Menentukan kawasan luar dan dalam masjid dan surau sentiasa dalam keadaan bersih, suci dan ceria. Menyediakan peralatan kebersihan yang mencukupi. Dan Membersihkan semua tempat tumpuan pengunjung masjid dan surau dalam keadaan bersih seperti ruang solat, bilik kuliah, tempat wuduk dan bilik air
5. Biro Pengimarahan Masjid/Surau; Dipengrusikan oleh En. Abu Bakar bin Samsudin berfungsi sebagai merancang dan memastikan program dijalankan di masjid berjalan lancar. Memastikan program membudayakan al-Quran dan as-Sunnah dapat dijalankan dengan baik dan betul. Mengadakan kelas Tahsin al-Quran untuk semua lapisan masyarakat termasuk pegawai masjid dan surau dan Menyusun dan mengatur kelas-kelas takmir dengan cekap.
6. Biro Penerbitan dan Teknologi Maklumat Dipengerusikan oleh En. Mohd. Nizam bin Mohd Nor berfungsi sebagai Menyebarluaskan maklumat program dan aktiviti yang dijalankan oleh biro-biri jawatankuasa mengikut jadual dan tarikh yang telah ditetapkan. Menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan cetakan seperti buletin, risalah, surat siaran, petikan khutbah dan lain-lain dan Merangka strategi penerangan mengenai program dan aktiviti masjid dan surau sepanjang tahun.
7.. Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA); Dipengerusikan oleh Puan Hajah Asmah bin Hj. Siran berperanan sebagai menjaga hal-ehwal wanita dan ibu tunggal serta mengadakan Mengadakan kelas bimbingan fardhu ain, kelas al-Quran wanita, kelas berzanji dan marhaban, kumpulan Yasin dan tahlil, program ibu mithali, ibu tungal dan ziarah, Membentuk pasukan kendarat atau rewang wanita, dan Mengadakan kursus pengurusan jenazah, kelas memasak, kelas jahitan, kelas kemahiran kraftangan dan pusat jagaan dan penyusuan anak.
8. Biro Rakan Muda Masjid: Dipengerusikan oleh En. Mustafa bin Yakob berperanan sebagai menarik minat golongan muda terhadap masjid dengan mengadakan aktiviti kebudayaan dan kesenian seperti kumpulan nasyid, kompang, hadrah, berzanji, marhaban, kendarat dan lain-lain dan Mengadakan aktiviti pendidikan seperti kelas bimbingan, kelas komputer, kelas tuisyen dan lain-lain.
9. Biro Keselamatan dan Sukarelawan; Dipengerusikan oleh En. Majid bin Dempok berfungsi sebagai menggalakkan penyertaan ahli kariah melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan dan kemasyarakatan seperti Rela, Briged Ansor, JKKK, Rukun Tetangga dan lain-lain. Pasukan keselamatan yang berkaitan hendaklah bersama memastikan barang hak milik masjid dan surau dikawal selia bagi mengelakkan kecurian dan disalah guna oleh ahli kariah. Dan Sentiasa bersedia dalam apa juga program dan aktiviti masjid dan surau serta ahli kariah yang memerlukan khidmat keselamatan dan kesukarelawan sepanjang program/aktiviti yang dijalankan bagi memudahkan pihak tertentu dan ahli kariah menjalankan tugas masing-masing.
10. Biro Pengurusan Aset dan Prasarana Masjid/Surau ;Dipengerusikan oleh En. Mohammad bin Hj. Hamid berfungsi sebagai Menyediakan dan menyelenggara keperluan asas masjid atau surau seperti peti derma, almari, jam dinding, mimbar, tongkat imam, sejadah, petunjuk waktu solat, alat pembesar suara dan lain-lain. Bertanggungjawab memastikan barangan keselamatan, kemudahan asas atau tambahan hak milik masjid atau surau disimpan dan dikunci serta mudah dihubungi pada masa yang diperlukan.
11. Pemeriksa Kira-Kira; Dipangku oleh Tuan Hj. Mohd Said bin Hj. Muaharam dan Puan Masiah binti Yakob berperanan sebagai audit serta mengesahkan penyata buku kira-kira masjid yang dibuat oleh Bendahari dan AJK sentiasa betul dan telus.
Tugas dan fungsi Biro-Biro ini adalah tertakluk kepada; Mengikut Fasal 8 (4) Kaedah-Kaedah Majlis Masjid dan Surau Johor 1989 pindaan 1998: dan Perkara 9 Panduan Perlantikan Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau.
AHLI KAWATANKUASA MASJID SUNGAI MERLONG 2011-2013
BIRO PENGIMARAHAN MASJID 2011-2013
0 comments:
Post a Comment