Maknanya; “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”.( Surah An-Nisaa' ayat 59)

Muslimin muslimat yang dihormati Allah SWT sekelian,
Marilah kita bersama-sama bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa. Sesungguhnya ketakwaan itu boleh menjadikan kita hamba yang beriman, bersyukur dan beramal saleh. Janganlah sama-sekali kita menjadi hamba yang derhaka, fasik, kafir dan munafik kerana ia boleh mengundang kemarahan dan laknat Allah SWT. 

Allah yang maha besar, Allah yang maha besar, Allah yang maha besar, dan baginya segala pujuan.

1. Aidiladaha merupakan salah satu daripada dua hari raya yang disyariatkan oleh Islam. Aidiladaha merupakan perayaan yang mesti disambut dan dirai dengan perkara-perkara yang bersesuaian dengan syarak. Janganlah kita merosakkan sambutan hari raya yang dengan suasana ibadah ini dengan perkara-perkara yang berlawanan dengan syarak, sehingga menjejaskan kesucian dan kemuliaan hari raya ini.

Sesungguhnya Aidiladaha meningatkan kita tentang peristiwa yang berlaku antara nabi Ibrahim dan nabi Ismail AS. Kesanggupan yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim AS melaksanakan titah perintah Allah SWT dan kerelaan pasrah yang dilalui oleh nabi Ismail AS, merupakan bukti yang kuat bertapa berimannya mereka terhadap Allah SWT. Keimana mereka ini dibalas oleh Allah Taala yang menyatakan perintah kurban itu adalah semata-mata ujian untuk mereka berdua sama ada tetap teguh untuk melaksanakan wahyu Allah atau tidak mahu menunaikannya demi mengikut napsu sendiri. Pentingnya kita mengambil iktibar daipada peristiwa ini dijelaskan oleh Allah SWT Dalam  Surah Al-Mumtahanah - سورة الممتحنة Ayat 4 ; 
maksudnya; "Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan yang baik, "

Iktibar dari peristiwa inilah terhasilnya beberapa ibadah pokok dan cabang didalam Islam seperti ibadah Haji, Ibadah Korban dan sebagainya. Akan tetapi jika diperhalusi lagi akan peristiwa tersebut, ia sebenarnya menuntut umat Islam melatih diri untuk berjihat melalui harta yang paling disayangi infakkan ke jalan Allah SWT.

Pengorbanan yang dilakukan untuk menginfakkan harta, terutamanya harta yang paling bernilai dan disayangi untuk diberikan ke jalan Allah SWT sama ada melalui zakat, wakaf, hibah, wasiat, sedekah dan sebagainya, menuntut keiklasan yang amat tinggi dalam diri umat Islam. Kesungguhan untuk melaksanakan perintah ini akan dibalas oleh Allah SWT dengan ganjaran yang amat istimewa sebagaimana yang dinyatakan dalam  Surah As-Saff - سورة الصف ayat 12; 
 

2. Dalam hal ini, kita mesti bertanya kepada diri sendiri, sudahkah aku ini berjihad ke jalan Allah melalui harta ku?. sudahkah aku ini ikhlas melaksanakan ibadah kurban? sudahkah aku ini benar-benar ikhlas menginfakkan hartaku di jalan Allah? sudahkah aku ini benar-benar amanah dalam melaksanakan titah perintah alllah dan Rasulnya?. 
Persoalan ini mesti dijawab dengan benar oleh diri kita sendiri, supaya ganjaran-ganjaran yang Allah Taala tawarkan kepada umat manusia dapat di miliki.

Allah yang maha besar, Allah yang maha besar, Allah yang maha besar, dan baginya segala pujuan.

3. Sambutan Aidiladaha yang kita raikan ini, sentiasa dimeriahkan dengan ibadah Kurban.Tradisi mulia ini misti kekalkan kerana ia merupakan perintah Allah dan salah satu sunah Rasulla SAW yang utama. Malah, ibadah kurban ini dilakukan oleh baginda di setiap tahun disepanjang hayatnya. Galakan untuk mengikuti sunah rasillah yang mulia ini ditekankan oleh para jamaah ulama yang menetapkan hukum ibadah kurban ini sebagai sunah muaakad, iaitu sunah yang sangat dituntut. Kedudukan lebih tinggi daripada sunah biasa, manakala nilai pahalanya pula lebih besar.

4. Kepada mereka  yang mengambil sambil lewa akan tuntututan perlaksanaan ibadah kurban ini, walaupun berinya telah dilempahi dengan nikmat kemulian harta benda,  wang ringgit dan sebagainya, dijelaskan oleh sabda Rasullahyang diriwayatkan oleh Al-imam Ahmad dan Iban Majah; 
Maksudnya; "Sesiapa yang mempunyi kelapangan (mampu) untuk berkurban tetapi tidak dilakukan, maka janganlah ia datang mendakati tempat kami bersolat ini."

Dari hadis ini dapat difahami bahwa ibadat kurban ini amat penting sehingga hukumnya seolah-olah kepada wajib terutamanya kepada orang orang yang berkemampuan yang telah dilempahkan rezeki kepada mereka.

Allah yang maha besar, Allah yang maha besar, Allah yang maha besar, dan baginya segala pujuan.

5. Jelaslah  kepada kita bahwa sambutan Aidiladaha ini memiliki hikmah dan pengajaran yang amat istemewa kepada umat Islam. Janganlah kerana kita telah berada di zaman dan tempat yang selesa menjadikan kita lalai untuk melaksanakan perintah Allah dan Rasulnya. Tetapi hendaklah kita mencontohi Rasullahyang sentiasa berdoa untuk ditempatkan bersama para ambia, al-suhada, al-solehin dan al-sodiken. Doanya adalah sebagaimana berikut;   
Maksudnya; "ya Allah, tempatkanlah aku bersama rakan-rakan karib yang engkau tinggikan darjat mereka iaitu mereka yang engkau perakui dan benarkan terdiri daripada para ambia, al-suhada, al-solehin dan al-sodiken.

6. Dikesempatan ini juga, marilah kita berdoa agar ahli keluarga, kaum kerabat, sahabat handai kita serta umat Islam seluruhnya yang sedang menunaikan Ibadah Haji di Tanah Suci Mekkah pada saat ini sentiasa dilindungi Allah dan dipermudahkan amalan mereka hingga memperolehi Haji Yang Mambrur serta selamat pulang ke tanah air.
Untuk hadiran, marilah sama-sama kita menanam azam berganding bahu membentuk umat Islam yang bersatu padu, berpakat dalam menegakkan kalimah Allah yang mulia dan sentiasa berpadu hati dan nurani menyebarkan syarat Islam diatas muka bumi Allah Taala. Semoga, Aidiladaha yang kita lalui ini menjadikan diri kita ini hamba yang beriman, hamba yang soleh dan hamba yang bersyukur kepadanya.

                










Marilah kita bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dengan melaksanakan segala titah perintahnya dan menjauhi segala tegahannya dan larangannya.

Pada saat ini juga jamaah haji kita sedang menunaikan amalan haji di Mina.  Semoga ibadah mereka dikurniakan haji yang mabrur. Insyallah.

Sama-sama kita mendoakan moga-moga kepulangan mereka ke tanah air kelak akan memulakan hidup baru yang dibentuk atas dasar iman yang teguh, azam yang kuat, hati yang suci dalam menjalinkan satu perhubungan mesra yang penuh rasa muhibbah dan kasih sayang, dan juga sentiasa mengutamakan urusan-urusan Allah dari urusan-urusan mereka sendiri.


Firman Allah dalam Surah Al-Ahzaab - سورة الأحزاب ayat 56;


Marilah kita bermohon kepada Allah SWT, semoga Allah mereda khalifah-khalifah rasullahiaituSaidana Abu Bakar Al-siddik radiallah huaan, Saidana OmarIbni Altaib  radiallah huaan, Saidinna Osman ibnu Afan radiallah huaan dan Saidinna Ali Ibni Abi Talib  radiallah huaan, dan juga sahabat-sahabat baginda yang sama-sama berjuang menegakkan agama Allah yang maha suci ini, juga kepada bapa saudara junjungan kita Saidinna Hamzah dan Saidinna Abbas RadiallahAnhuma, cucu-cucuda baginda Saidinna Hassan Dan Saidinna Husin Radiallah Anhuma, putri-putri baginda Saidatina Patimah Al-zahrah Radiallah Anha"a, serta Saidatina Khadijah Radiallah Anha"a, Saidatina Aiysah  Radiallah Anha"a dan lain-lainnya.
 Seterusnya kepada sekelian keluarga, sahabat-sahabat, pengikut-pengikut sahabat dan mereka yang menuruti mereka itu dari semasa kesemasa hingga hari kiamat.

 

Ya Allah, ampunilah sekelian kaum muslim dan muslimat, mukminin dan mukminat  samaada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Ya, Allah kerinalah juga kemuliaan dan kesejahteraan kepada mereka yang berjihad dan menghimfakkan harta kejalan mu seperti pemberi-pemberi zakat, pewakaf dan seumpamanya, ya allah, kurniakanlah tawfik dan hidayah, kekuatan, kesejahteraan dan pertolongan kepada ketua-ketua negara Islam dan raja-rajanya khasnya kepadaAl-Sultan Ibrahim Ibni Al-mahrum Al-sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertua bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim dan kepada Raja Zarit Sopiah binti Almahrum Sultan Idris Shah, Tengku Mahkota Ismail Pemangku Raja, putra-putra dan putri-putrinya, kerabat-kerabat Diraja dan Rakyat sekelian.








Khatib oleh : Imam Tuan Hj. Abd Aziz bin Hj. Hasan 
Bilal oleh     ; Tuan Hj Abd Razak bin Hj. Sahar
26 hb Oktober 2012 / 10 Zulhijjah 1433