Saturday, November 17, 2012

KHUTBAH JUMAAT MINGGU INI... Iktibar Daripada Peristiwa Hijrah.. 16HB NOVEMBER 2012 / 2 MUHARRAM 1434H






MASJID SUNGAI MERLONG
83100 RENGIT, BATU PAHAT,
JOHOR 


Iktibar Daripada Peristiwa Hijrah..





Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya".


Sidang Jumaat yang dirahamati Allah sekelian,


Dihari yang mulia ini, marilah kita semua bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dengan melaksanakan segala titah perintah dan menjauhi segala tegahan dan larangannya. Mudah-mudahan usaha dan amal kita ini dalam melaksanakan syaraat Allah ini akan diberikan keberkatan, rahmat dan keampunan oleh Allah.

1. Tahun Baru Hijrah yang baru kita tempuhi ini sewajarnya menjadi tahun yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Tahun ini seharusnya kita memberikan nilai tambah yang lebih baik daripada tahun sebelumnya melalui meningkatkan hubungan kita dengan Allah, sentiasa menjaga niat agar sentiasa menjadi hamba Allah yang tekun beribadah, melaksanakan tanggungjawab pada diri sendiri, anak-anak, keluarga, kaum kerabat dengan lebih baik, mengurangkan kealfaan dan kelekaan daripada mengingati Allah dan sebagainya.

Tahun baru Hujrah ini bukan sahaja kita sambut dengan mengingati secara terperinci peristiwa Hijrah Nabi Muhammaddan para sahabat dari Kota Makkah ke Kota Madinah. Tetapi yang lebih penting kita sewajarnya mengambil iktbar dan tauladan dari peristiwa tersebut untuk dijadikan panduan dimasa hadapan.

Sesungguhnya peristiwa Hijrah ini membawa makna danrasia yang besar untuk sama-sama kita renungi dan mengambil iktibar daripadanya. Perisitwa ini menggambarkan bertapa umat Islam pada ketika itu samggup bersusah payah meninggalkan kampung halaman dan segala harta benda untukl menyahut seruan berhijrah. Ini menuntut suatu pengorbanan dan keikhlasaan yang amat sangat. Sikap mereka yang berhijrah semata-mata kerana Allah Taala ini telah dipuji oleh AllahTaala melalui Ayat 218 Surah Al-Baqarah yang dibaca diawal Khutubah tadi yang bermaksud;

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."


2. Dalam hal melakukan penghijrahan ini, Niat adalah amat penting. Kepada mereka yang berhijrah hanya semata-mata kerana Allah, maka niat dan tujuan itu akan mendapat nilaian yang tinggi dari Allah Taala dan akan diberikan ganjaran yang selayaknya. Sebaliknya, mereka yang berhijrah semata-mata untuk mendapatkan hasil kepentingan di dunia maka sudah pasti hasil kepentingan di dunailah yang akan mereka perolehi. Ini dijelaskan oleh Rasullahpada sebuah hadisnya yang di riawatkan oleh Al-Imam Albajuri dan muslim;

Ertinya; " Sesungguhnya setiap Amalan Akan Dinilai Berdasarkan Niat Dan Sesungguhnya Setiap Apa Yang Dilakukan Hamba Adalah Berdasarkan Niatnya. Sekiranya Dia Berhijrah Hanya Untuk Allah Dan Rasulnya Maka Hijrahnya Itu Adalah Kerana Allah Dan Rasulnya. Tetapi Sesiapa Yang Berhijrah Kerana Dunia Atau Perkara-Perkara Yang Berkaitan Dengannya Atau Kerana Perempuan Untuk Dinikahi, Maka Hijrahnya Itu Adalah Sebagaimana Yang Dihajati.

Rasullahbersabda;

Ertinya; " Orang Yang Berhijrah Adalah Siapa Yang Meninggalkan Apa-Apa Yang Diharamkan Oleh Allah Daripada Dihalalkan".



3. Hijrah juga boleh kita katakan sebagai meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Allah.
Oleh itu apabila kita meninggalkan maksiat dan menjaga sahwat kita, ia turut boleh dikatakan sebagai Hijrah yang mulia hasilkan niatnya adalah benar-benar kerana Allahdan ikhlas kepadanya. Ini dijelaskan oleh Allahdalam Surah Al-Bayyinah ayat 5;

Maksudnya; "Pada Hal Mereka Tidak Diperintahkan Melainkan Supaya Menyembah Allah Dengan Mengikhlaskan Ibadat Kepadanya, Lagi Tetap Teguh Diatas Tauhid Dan Supaya Mereka Mendirikan Sembahyang Serta Memberi Zakat. Dan Yang Demikian Itulah Agama Yang Benar".

Amalan yang laksanakan tanpa sebarang keikhlasan, Rasullahmenyatakan ini adalah amalan yang dilakukan dengan riak dan riak itu adalah syrik halus. Seorang Ilmuan bernama Fadil bin Ayat menyatakan, "bahawa meninggalkan amal kerana manusia adalah riak, beramal kerana manusia adalah syirik, ikhlas itu adalah Allah menyelamatkan kita daripada kduanya. Riak itu umpama Semut Hitam yang berjalan diatas batu yang hitam dimalam yang gelap gelita. Hanya melalui Allah Taala sahaja kita dapat menjauhinya baik dengan melatih diri kita sentiasa melakukan amalan itu ikhlas kerana Allah Taala."


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah'

4. Peristiwa Hijrah juga telah menyaksikan kejadian Rasullah mempersaudarakan antara keluarga Wa'as() dan Hajirim()dan juga keluarga Muhajirim  dan An'sar. Hubungan persaudaraan ini dibina atas dasar Akidah Bai'at() hanya kerana Allah. Ikatan persaudaraan sebegini merupakan sekukuh-kukuh ikatan yang melebihi ikatan hubungan darah. Disini kiat melihat bagaimana orang An'sar sanggupmenerima orang Muhajirin dengan hati yang terbuka, mempersilakan masuk kerumah, berkongsi untuk sahabatnya orang Muhajirin. Inilah ikatan Ukhuwah yang lahir atas dasar iman, tiada kepentingan diri, susah sama dirasa dan senang sama kongsi.

Inilah hebatnya pengaruh iman, bagi orang Muhajirin pula mereka tidak mengambil kesempatan atas kebaikan dan keikhlasan orang-orang An'sar ini. Malah seorang sahabat Muhajirin hanya meminjam sedikit wang daripada sahabatnya orang An'sar dan meminta ditunjukkan dimanakah pasar supaya boleh berniaga dan berdikari setelah mendapat keuntungan, pinjaman tadi dibayar semula. Inilah sikap sahabat sejati yang seorang ikhlas memberi dan seorang lagi ikhlas menerima.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

5. Sebenarnya baik lagi iktbar dan tauladan yang boleh kita perolehi daripada peristiwa Hijrah baginda Nabi Muhammadini. Peristiwa Hijrah ini hendaklah kita pelajari dan menilai rasianya supaya boleh dijadikan panduan dimasa hadapan.

Oleh itu, sempena tahun baharu Hijrah 1434 ini, marilah kita berazam dan tekadkan diri untukmenjadi hamba Allah yang Ikhlas dan bertakwa, bukan yang fasik dan derhaka. Elakkan diri daripada mengamalkan sifat-sifat yang munafik dan kufur yang boleh membawa kita kelembah kehancuran.

Maksudnya; "Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar".







Imam ; Tuan Hj. Karim bin Yatim
Bilal    : Tuan Hj. Abd Razak bin Hj. Sahar
KHUTBAH JUMAAT MINGGU INI... Iktibar Daripada Peristiwa Hijrah..  16HB NOVEMBER 2012 / 2 MUHARRAM 1434H



0 comments:

 

Kaki Masjid

Suka Masjid