Saturday, October 6, 2012

Khutbah Jumaat 5 hb Okt 2012 (Masjid Sg. Merlong)


                                       Masjid Sungai Merlong, 83100 Rengit, Batu Pahat


  السلام عليكم ورحمة الله
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ ……..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

1. Solat Jumaat adalah menjadi kewajipan kita, semua umat Islam pada setiap hari Jumaat dikehendaki bersegera menyahut panggilan solat Jumaat serta wajib meninggalkan urusan-urusan perniagaan atau lain-lain demi untuk menghadirkan diri kemasjid untuk menunaikan perintah allah.

Allah Berfirman Dalam Surah Al-Jumu"ah Ayat 9 ;
Bermaksud: "Wahai Orang-Orang Beriman, Apabila Diseru Untuk Menunaikan Solat Jumaat, Maka Bersegeralah Kamu Kepada Mengingati Allah Dan Tinggalkanlah Jual Beli Yang Demikian Itu Lebih Baik Bagi Mu JIka Kamu Mengetahui"

Sabda Rasullah SAW, Ertinya:
  " Menghadiri Solat Jumaat Itu Adalah Kewajipan Setiap Muslim Yang Cukup Umur Baligh"


 2. Allah Watalla telah mewajipkan setiap umat islam untuk menunaikan ibadah solat tertentu secara harian dan mingguan, sebagai kewajipan Fardhu yang misti dilaksanakan demi membangunkan sifat-sifat kemanusiaan yang baik dalam jiwa kita. 
Tanpa solat fardu 5 waktu dan solat jumaat,
       - orang Islam akan runtuh sifat-sifat keIslaman mereka.
       - Iltizam mereka terhadap syariat islam akan menjadi luntur
       - Mereka akan mudah berubah menjadi peruntuh sendi-sendi kerukunan hidup bermasyarakat dan bernegara.
Sabda Rasullah SAW, " Sesiapa Yang Meninggalkan Solat Jumaat 3 Kali Kerana Memudah-memudahkan Maka Allah Akan Capkan Hatinya" (Riwayat Ahmad)

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita semua khususnya ibu bapa, guru--guru serta pemimpin-pemimpin masyarakat dan seluruh umat islam agar tidak mengambil mudah tentang kewajipan solat.

3. Hari Jumaat adalah hari yang mulia dalam Islam juga dianggap pemghulu sega hari.
Sabda rasullah SAW,  " Penghulu Segala Hari Adalah Hari Jumaat, Hari Yang Paling Mulia disisi Baginda dan Paling Agong Disisi Allah Hu Jawajal. Lebih Mulia Daripada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Kurban".  (Riwayat Ahmad)

Sabda Baginda Lagi, "Pada Hari Juamaat Terdapat Satu Masa Dimana Seorang Hamba Yang Mukmin Apabila Berdoa Kepada Allah Suatu Kebaikan Allah Akan Makbulkan Doanya Atau Ia Meminta Perlindungan Daripada AllahDari Segala Keburukan". ( Riwayat Tarmizi)
Maka sebab itu digalakkan umat islam
         - beraktikaf di masjid pada hari Jumaat, khasnya untuk menepati waktu makbul doa atau waktu inilah diharapkan oleh setiap orang yang telah melakukan dosa setelah insaf dan bertaubat mahu mencari keampunan dan keradaan Allah.
         - Bersergera ke masjid untuk melakukan ibadah sunat sementara menunggu azan Jumaat bagi mendapat merebut peluang berada di saf pertama tampa menganggu jamaah lain.

Dan Sabda Rasullah SAW lagi mengingatkan kita ;
" Barangsiapa Yang Pergi Ke masjid disaat Pertama Maka Seolah-olah Ia Telah Mengorbankan seekor Unta Dan Barangsiapa Pergi Ke masjid Disaat Kedua Maka Seolah-olah Ia telah Mengorbankan Seekor Lembu Dan Barangsiapa Siapa Pergi Kemasjid Disaat Yang Ketiga Maka Seolah-olah Ia Telah Mengorbankan Seekor Biri-Biri Yang Bertanduk Dan Barangsiapa Pergi Ke masjid Disaat Yang Keempat Maka seolah-olah Ia Telah Menghadiahkan Seekor Ayam Dan Barangsiapa Yang Ke masjid Disaat Yang Kelima Maka Seolah-olah Ia Telah Menghadiahkan Sebutir Telor, Kemudian Apabila Imam Telah Masuk, Maka Ditutuplah Buku Catatan, Diletakkanlah Pena Dan BerKumpullah Para Maklaikat Disaat Mimbar Mendengarkan Khutbah, Barangsiapa Datang Sudah Itu, Maka Hanya Ia Datang Untuk Hak Solat Sahaja, Ia Tidak Memperolehi  Keutamaan Apa-Apa Lagi" ( Hadis Riwayat Muslim)

4. Allah menjadikan hari jumaat Penghulu segala hari dan diberikan kemuliaan adalah untuk umat islam mengambil peluang menghampiri diri kepada allah secara berjamaah yang wajib dan Melakukan juga amalan-amalan sunat agar lahirlah manusia yang baik sihat dan baik akhlaknya.
    - Oleh itu anak-anak hendaklah dilatih datang ke masjid bersama hanya untuk membiasakan dengan solat berjamaah.
    - Adalah digalakkan datang awal ke masjid untuk beraktikaf, solat sunat, membaca al-quran, berzikir dan berdoa dan sebagainya.
Rasullah SAW bersabda ertinya; " Sesiapa Yang Membaca Surah Al-Kahf Pada Hari Jumaat Allah Menerangi Hidupnya Antara Dua Jumaat" (Riwayat Albahaki)

    - Inilah pendedahan yang baik dan berkesan akhirnya akan mendapat faedah dari peningkatan modeul kemanusiaan dari sudut rohani, akal dan akhlak.  Setiap kita akan menyedari dan menunaikan tanggungjawab yang amanahkan allah kepada kita, mudah-mudahan masalah-masalah masyarakat dapat dibendung dan kehidupan lebih selamat serta berkat dari Allah.

Sebaliknya pengabaian tentang solat mahupun solat jumaat ini akan menyebabkan umat semakin jauh dari allah dan semakin lalai tentang tanggungjawab mengasoh diri dan keluarga.
Manusia akan lebih berani melakukan kejahatan dan derhaka kepada Allah dan derhaka pada ibu dan bapa serta meruntuhkan sendi kerukunan hidup bermasyarakat. Dendan itu mereka menempah bala dan kecelakaan. 

Ini kerana sebahagian mereka sudah tidak mengetahui kelebihan dan kefarduan solat JUmaat. Ada diantara mereka lalai masih menjamu selera dan berbual-bual diperkarangan masjid ketika orang lain sedang mendengar khutbah. 
Sebagai umat yang beragama Islam kita sewajibnya menghormati hari Jumaat sebaai hari kebesaran Islam dan yang penuh berkat serta rahmat.


Khatib oleh : Imam Tuan Hj. Abd Aziz bin Hj. Hasan 
Bilal oleh     ; Tuan Hj Abd Razak bin Hj. Sahar
Jumaat 5 hb Okt 2012 / 19 zulkaedah 1433






0 comments:

 

Kaki Masjid

Suka Masjid