Mukzizat doa dan solat |
Alhamdulillah..
Pada suatu malam
yang indah, cahaya bulan menembusi awan, kelihatannya tiada awam mendung yang
membawa hujan..
ketika itu, aku
duduk di halaman rumah, tiba-tiba terungkap kalimah yang agung ;"alhamdulillah"..tanpa
ku sedari, adikku menghampiriku.."assalammualaikum"
aku menoleh ke
arah suara itu ; "waalaikummusalam warahmatullahi wabarakatuh, adik
rupanya"..aku tersenyum..
adikku membalas
senyumanku ; "boleh adik duduk kat sini juga?"
aku tersenyum
; "boleh, duduklah, tak menganggu abang pun dik"..
adikku terus
bertanya ; "abang, apa beza memberi dan menjawab salam
assalammualaikum dan assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh?"
aku tersenyum
; "bezanya yang satu itu kita mendoakan kesihatan dirinya dan semoga
Allah memberi rahmat kepadanya, dan satu lagi mendoakan kesihatan dirinya
sahaja, itu umum"..
adikku berkerut
; "maksud abang bagaimana?"
aku menyambung
; "assalammualaikum, kita mendoakan orang Islam di hadapan kita itu
supaya sihat, tak kiralah sihat mental ke, sihat badan ke, dan assalammualaikum
warahmatullahi wabarakatuh, kita mendoakan orang Islam di hadapan kita itu
supaya sihat dan semoga Allah mengurniakan rahmat-Nya kepada dirinya,
amin"..
adikku mengangguk
; "oh, begitu ya, kalau bukan Islam?"
aku menjawab
; "untuk orang bukan Islam, haram kita memberi salam, sebab kita
mendoakan kesihatannya pada dirinya, sebaiknya, ucapkan sahaja 'hadakallah',
bermaksud semoga Allah memberi hidayah kepadanya, amin"..
adikku mengangguk
; "oh, begitu ya, alhamdulillah, apa yang abang buat malam-malam kat
sini?"
aku tersenyum
; "abang tengok keindahan ciptaan Allah dik, Allah ni hebat kan dik,
tengok tu, bulan bercahaya, awam bergerak perlahan-lahan, apabila kita lihat
alam macam ni, terdetik bahawa ada yang menciptanya, dan penciptanya pasti
hebat kerana dapat mencipta semua ini"
adikku mengangguk
; "betul bang, adik pun rasa macam tu, hebatkan Allah, tapi ada juga
manusia yang tidak beriman kepada-Nya?"
aku tersenyum
; "benar tu dik, esok dah mula bulan baru, tau dik?"
adikku berkerut
; "sudah bulan baru ya, syawal sudah habis ke bang?"
aku mengangguk
; "esok sudah bulan zulkaedah, bulan untuk berehat-rehat"
adikku berkerut
lagi ; "bulan untuk berehat-rehat? kenapa bang?"
aku tersenyum
; "zul adalah merujuk kepada 'yang empunya' dan qa'dah adalah merujuk
kepada 'duduk', maka maksud penuhnya adalah bulan untuk berehat-rehat..dan
bulan zulkaedah adalah satu dari empat bulan haram..adik tahu apa itu bulan
haram?"
adikku
mengeleng..
aku menyambung
; "bulan haram adalah bulan yang amat dimuliakan..dulu, Masyarakat
kafir quraisy menangguhkan permusuhan dan peperangan di bulan haram, maka di
bulan haram ini juga dikenali bulan persaudaran, perdamaiaan, dan
bermaafan..kalau orang kafir pun hormat dan mulia bulan ini, kenapa kita umat
Islam tidak boleh, kan dik?"
adikku
mengangguk..
aku terus
menyambung ; "sebenarnya, susunan bulan bagi takwin hijrah itu memang
baik..baru sahaja kita bermaafan di bulan syawal, kita teruskan bermaafan di
bulan zulkaedah pula..subhanallah, dari sinilah, kita dapat menahan diri dari
adanya sifat mazmumah iaitu sifat yang dimukai Allah, dan menanamkan sifat
mahmudah iaitu sifat yang disukai Allah"..
adikku mengangguk
; "betul juga kan, tak terfikir pun adik, rupanya ada hikmah di dalam
penyusunan bulan itu, subhanallah.."
aku tersenyum
; "alhamdulillah, bulan zulkaedah ini juga bulan untuk kita
bermuhasabah diri, ya lah, bila dah nama bulan untuk berehat-rehat, maka kita
rehatkan minda, kita rehatkan hati, muhasabah diri, periksa balik diri kita,
bagaimanakah iman aku, bagaimanakah amal aku, astaghfirullah, kemudian kita
berusahalah untuk membaikinya"
adikku terus
senyap..
aku menyedari
perubahan itu ; "kenapa dik?"
adikku menjawab
dalam keadaan riak wajahnya yang kesedihan ; "adik sedih bang, adik
ni banyak buat salah, dosa pun banyak, rasanya bulan ni lah adik mesti berubah,
kan bang?"
aku pula yang
sedih..
"kenapa
bang?" adikku bertanya..
aku menjawab
; "abang pun sama dik, abang pun banyak dosa, banyak buat
salah......"
adikku terus
memotong ayatku ; "dah lah tu bang, syukur kepada Allah kerana
menganugerahkan hati kita yang celik, minda kita yang celik, sebab kalau Allah
tak bagi ia celik, kita tidak akan menyedari kesilapan kita, kesalahan kita,
tengok hamba Allah yang diluar sana, berapa ramai yang Allah tak kurniakan
celik hati dan minda, sebab itu lah mereka hanyut dengan ni'mat dunia sehingga
tidak teringat kepada mati, tidak teringat kepada Allah, astaghfirullah"
aku tersenyum
; "alhamdulillah, benar dik..bagus adik abang ni..jom kita muliakan
bulan zulkaedah ini dengan berehat bersama ilmu..esok, abang nak gi pondok,
adik nak gi?"
adikku tersenyum
keriangan ; "nak, nak..boleh juga, kita rehat kat sanalah
bang"..
aku tersenyum
; "alhamdulillah, insya Allah, nanti kita bincang dengan ayah,
sekarang dah malam, jom kita tidur"
aku dan adikku
terus berlalu dari halaman rumah dan menuju ke kamar tidur..alhamdulillah..
0 comments:
Post a Comment