Niat itu tempatnya di hati. Dan sebelum kita memulakan segala pekerjaan atau pembelajaran ilmu, kita harus menyucikan hati dari segala pencemaran, sifat negatif dan dosa.
Allah ﷻ berfirman ketika memberitakan pengutusan Rasulullah ﷺ saw:
هو الذي بعث في الأميين رسولا منهم يتلو عليهم آياته ويزكيهم ويعلمهم الكتاب والحكمة
Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah ﷻ (yang membuktikan keesaan Allah ﷻ dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak)
— Surah Jum'ah ayat 2.
Di sini Allah ﷻ merumuskan 4 sifat Rasulullah ﷺ.

- Rasulullah ﷺ akan membaca dan menyampaikan ayat-ayat Al-Quran kepada ummat.
- Rasulullah ﷺ mengajak ummat untuk membersihkan jiwa.
- Rasulullah ﷺ mengajar ummat Kitab Allah ﷻ iaitu Al-Quran.
- Rasulullah ﷺ mengajar ummat Hikmah iaitu pengetahuan mengenai hukum Syarak atau cara hidup orang mukmin.
Menarik di sini adalah sebelum kita menuntut Ilmu atau mengajar Ilmu, Allah ﷻ mengajak untuk kita membersihkan jiwa, hati dari sifat-sifat yang mencemarkan. Jika tidak Syaitan akan goda hati kita untuk menerbit sifat-sifat seperti bangga diri, riyak dan tidak menjaga lidah sehingga dapat menyakitkan orang lain.
Jika kita lihat para sabahat, kerana didikan secara langsung dari Rasulullah ﷺ. Segala perbezaan diatasi dengan kasih-sayang dan saling menghormati dengan bahasa yang disenangi. Ini kerana hati mereka sangat bersih dan amalan serta ilmu yang disampaikan terjaga dari pencemaran.
Dengan hati yang bersih, penuh kasih-sayang. Perbezaan membawa kepada percintaan. Kedegilan membawa kepada kelembutan. Jika sebaliknya kita akan berkeras. Dan kekerasan bercampur dengan bisikan Syaitan maka segala perbezaan akan menjadi kebencian. Kedegilan membawa kepada perpecahan.
Di antara sifat yang dapat menyucikan hati adalah dengan bersabar. Sabar dalam menasihati keluarga dengan gaya yang lembut dan jangan mengharapkan hasil yang serta-merta. Dakwah Rasulullah ﷺ tidak serta-merta apatah lagi kita yang serba kekurangan.
Jika kita mulakan dengan pembersihan hati dengan mengawal setiap perasaan negatif maka Ilmu Al-Quran yang dipelajari akan bercahaya kekal di sanubari. Setiap gerak-geri kita akan menjadi gerak-geri para salaf dan solihin. Penuh dengan kasih-sayang dan hikmah dalam berkata-kata. Tidak menyakiti ahli keluarga yang lain meskipun menegakkan kebenaran.

0 comments:
Post a Comment