“Menyesal Dahulu Pendapatan, Menyesal Kemudian Tiada
Gunanya”, inilah pepatah yang sangat sesuai kepada mereka yang enggan mendengar
nasihat dan teguran ulama Ahli Sunnah wal Jamaah supaya menjauhi agama Syiah
Rafidah dan pengikutnya demikian juga mereka yang tegar atas slogan ‘Taqrib’
atau mendekatkan mazhab antara Sunni dan Syiah.
Pendedahan demi pendedahan berkenaan jenayah Syiah Rafidah
terhadap negara-negara Sunni semakin jelas dan para pendakwah Taqrib
terutamanya Ikhwanul Muslimin semakin kepanasan dan barangkali sudah terbakar
di dalam. Apakan tidak, sejak peristiwa Syiah Saudi menginjak kubur para
Sahabat Nabi sallallahu alaihi wa sallam, radiallahu anhum di al-Baqi’
al-Gharqad dan demonstrasi melaknat Saidina Umar bin al-Khattab radiallahu anhu
di perkarangan Masjid al-Nabawi, segala akidah Syiah Rafidah yang keji dan
najis itu telah tampak sejelas-jelasnya.
Jika dahulu pernah saya bedebat dengan seorang siswa yang
terpengaruh dengan akidah Ikhwaniah, dia begitu berani dalam keadaan jahil
menyatakan saya memfitnah Syiah bahawa mereka mencela Sahabat Nabi. Ungkapan
bahawa ‘saya memfitanh Syiah’ merupakan ucapan yang menggelikan hati mana-mana
pelajar jurusan agama yang mempelajari akidah Syiah ini. Demikianlah begitu
beraninya seorang jahil ingin menegakkan ‘kebenaran’ menurut sangkaannya-semoga
Allah memberinya hidayah-.
Namun, sekarang akidah Syiah sudah terang lagi bersulu,
kebanyakan kita mungkin telah melihat sendiri rakaman demonstrasi Syiah di
Masjid al-Nabawi dan tindakan mereka menginjak perkuburan Sahabat di al-Baqi’.
Kemaraan Syiah dalam negara Mesir dan Saudi Arabia amat
membimbangkan dan negara-negara Islam perlu bersatu hati melawan kerajaan kafir
majusi Iran yang telah banyak menyusahkan Umat Islam sejak ditubuhkan pada
1979. Ayat Syaitan Khomeini al-Iblisi memulakan kerajaannya dengan menghantar
para pendemonstrasi Syiah yang melakukan pencemaran di al-Baqi’ al-Gharqad pada
musim haji tahun tersebut kemudian kali ini demonstrasi datang daripada warga
Saudi sendiri.
Apabila perang Gaza meletus, Hizbullah, parti yang
dilahirkan secara haram antara Iran dan Syria ini enggan melancarkan walau
sebutir peluru ke kawasan Isareli namun sekarang terbongkar rahsianya
menyeludup pelbagai bahan letupan ke bumi Mesir untuk melakukan aktiviti
kegansan di Sinai (Lembah Sina’).
Laman sesawang Difa’ anis Sunnah melaporkan pada 11 April
2009 bahawa agensi risikan Mesir berjaya menumpaskan aktiviti keganasan
Hizbullah dalam Mesir melalui penahanan seorang Syiah Lubnan yang merupakan
ahli Hizbullah, Sami Shihab yang telah memasuki negara Mesir menggunakan pas
pelancong semenjak November tahun lepas.
Turut ditangkap adalah 6 orang lagi anak didiknya yang
kesemuanya menerima latihan untuk melancarkan tindak teroris dalam bumi Mesir
yang mensasarkan kapal-kapal dagang di terusan Suez dan kawasan pelancongan.
Mereka turut merancang untuk melancarkan serangan pada 29 Januari lalu dan
isyarat serangan terkandung dalam ucapan berapi-api pemimpin mereka yang kafir,
Hasan Nasrallah, yang mengecam Mesir berhubung isu pembukaan sempadan Rafah.
Ini sekaligus membuktikan bahawa Hizbullah hanya beromong
kosong semasa beriya-iya menyatakan sokongan kepada Hamas sedangkan segala
senjata digunakan untuk melancarkan serangan ke atas negara Islam Mesir bukan
ke atas negara kafir Yahudi.
Apa yang menyedihkan, antara ahli Hizbullah yang ditangkap
ini adalah warga Palestin yang mana ketika para pejuang Palestin sedang
mempertahankan tanah air mereka daripada pencerobohan Yahudi mereka pula sibuk
merancang serangan ke atas negara Islam Mesir. [lihat berita di: http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/931/ ].
Laman sesawang yang sama juga melaporkan bahawa Hasan
Nasrallah telah mengaku bahawa Sami Shihab memang dihantar oleh beliau untuk
kononnya menyeludup bekalan kepada pihak Hamas di Palestin bukan untuk membuat
kekacauan dan menyebarkan Syiah. Namun, kenyataan Hasan Nasrallah ini menjadi
habuk apabila pihak Hamas menafikan mempunyai apa-apa hubungan dengan pihak
Hizbullah Mesir ini.
Pihak al-Ikhwan al-Muslimun melalui Musyrif Am Risalah
Ikhwan Mesir, Ibrahim Munir mempertahankan penjenayah-penjenayah Hizbullah ini
malah menuduh kerajaan Mesir memaksa mereka membuat pengakuan. Kenyataan yang
senada disuarakan Dr. Isam Aryan yang berpendapat tindakan Hizbullah adalah
demi Palestin dan keselamatan Mesir.
Namun, jurucakap Hamas, Fauzi Barhum menafikan Hamas
mengetahui apa-apa mengenai perkara ini bahkan mereka hanya mendapat berita
melalui media sahaja dan menegaskan Hamas tidak akan melatih tenteranya di luar
bumi Palestin. [Lihat: http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/933/ ].
Pada 12 April 2009, laman sesawang yang sama memetik
daripada laman Mufakkiratul Islam bahawa tertuduh yang terlibat dalam rancangan
tindak teroris di Mesir mengaku bahawa mereka menerima latihan daripada pegawai
yang ada kaitan dengan pihak berkuasa Iran.
Dilaporkan bahawa amalan keganasan yang dirancang juga
meliputi membunuh beberapa orang penting dalam kerajaan Mesir dan terdapat dua
orang pegawai kerajaan Iran turut terlibat dalam rancangan teroris ini.
Kerajaan Iran memang telah sedia dimaklumi merupakan pemilik sebenar Hizbullah
kerana pemimpin utama Hizbullah adalah Ayatullah Ali Khamaeni, Pemimpin
Tertinggi Iran.
Setiausaha Agung Hizbullah, Hasan Nasrallah dalam kenyataan
balasnya menyatakan bahawa Hizbullah adalah rakan karib Iran dan mereka
berbangga dengan hubungan tersebut. Hizbullah sebelum ini telah meletakkan
garis panduan bahawa mereka adalah sebahagian daripada rakyat ‘Wilayatul Faqih’
Iran.
Pihak Diplomasi Mesir turut mengesan keterlibatan pihak
Qatar, negara Arab yang menjadi sekutu rapat Iran dan Syria serta tidak
dilupakan, Amerika Syarikat, dalam usaha menggugat keamanan Mesir ini berikutan
pengesahan bahawa Sami Shihab memasuki Mesir melalui Qatar dan pihak Mesir
tidak menolak kemungkinan hubungan diplomatik Mesir dan Qatar akan terputus
jika perkara ini benar. [http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/938/ ].
Pada 15 April 2009, laporan menyatakan bahawa ketua
pengganas Hizbullah Mesir, Sami Shihab telah menghantar permohonan maaf kepada
Hasan Nasrallah di atas apa yang berlaku dan kebocoran maklumat mengenai
kegiatan mereka di Mesir yang membawa kepada kegagalan terhadap segala
rancangan.
Sami Shihab melalui peguamnya menyatakan bahawa mereka tetap
setia dengan Hizbullah dan meminta maaf kerana gagal menjalankan tanggungjawab
yang diberikan serta kesal atas kebocoran maklumat dan pengakuan yang
dilakukan. [http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/950/ ].
Pada 19 April 2009, berita di laman sesawang yang sama
memetik daripada Mufakkritul Islam, pihak al-Azhar al-Syarif mengumumkan
menghentikan sebarang hubungan dengan Iran dan Hizbullah. Syed Tantawi,
Syeikhul Azhar, ketika berucap di hadapan pelajar al-Azhar cawangan Asyut
menyeru para pelajar menjauhi sebarang pertubuhan yang hendak menghancurkan
Islam mengisyaratkan kepada Hizbullah.
Al-Azhar yang asalnya adalah sebuah Universiti Syiah telah
ditukar menjadi institut Sunni oleh kerajaan Ayyubiah semasa Dinasti Abbasiah.
Sultan Salahuddin pada permulaan pemerintahan baginda telah menutup al-Azhar
kerana menyebar fahaman Syiah.
Syed Tantawi mengumumkan bahawa sebarang aktiviti Taqrib
(Mendekatkan) antara Sunni dan Syiah yang dilaksanakan al-Azhar selama ini dihentikan
dan sebarang permohonan Masyikhah daripada pihak Iran tidak akan diterima.
Sumber al-Azhar juga menegaskan bahawa mereka tidak akan
menerima mana-mana pelajar Iran dalam bidang Master dan Ph.D di al-Azhar kerana
dibimbangi mereka akan menjadi perisik bagi kerajaan Iran. [ http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/971/ ].
Pada 27 April 2009, Pihak Ikhwan al-Muslimun tidak dapat
lagi menahan bahang kejadian ini lalu Mursyidul Am Ikhwan, Mehdi Akif terpaksa
mengeluarkan kenyataan bahawa apa-apa pandangan daripada pihak anggota Ikhwan
yang menyokong Syiah adalah pandangan peribadi demikian juga pandangan yang
mengkritik Syiah.
Berlaku polemik hebat antara dua tokoh Ikhwan, Nada dan
Ghazlan apabila Nada sebelum ini menyatakan bahawa pemikiran Ikhwani
berpendapat Syiah adalah kaum muslimin dan boleh beribadat dengan mazhab Syiah.
Ghazlan, tokoh kanan Ikhwan juga mengkritik pandangan Nada ini dan menuduh Nada
menyebarkan fahaman Syiah serta menyeru beliau supaya bertaubat.
Nada masih mempertahankan pandangannya dan melihat bahawa
mereka yang menolak pandangan beliau terhadap Syiah sebagai orang yang melihat
kepada kulit dan pelampau yang enggan memahami maksud sebenarnya.
Timbalan Mursyidul Am, Muhammad Habib pula enggan mengulas
berhubung polemik dua tokoh utama parti itu dan menyatakan tidak perlu
mengulasnya di media. [ http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/1011/ ].
Demikianlah ringkasan rentetan peristiwa kekacauan yang
ditimbulkan pihak kafir Syiah di Mesir. Peristiwa yang penuh hikmah ini membawa
rahmat kepada Ahli Sunnah wal Jamaah Salafiah yang selama ini teguh dengan
prinsip mereka menolak sebarang bentuk persahabatn dengan pihak Syiah dan Iran.
Lihatlah betapa dua pejuang utama pendekatan antara Sunni
dan Syiah, al-Azhar dan Ikhwanul Muslimun menjadi tersepit dalam hal ini kerana
kedegilan mereka menerima nasihat daripada Ulama Salafi sebelum ini.
Apa yang dapat kita katakan kepada dua kumpulan ini adalah,
Sesal dahulu pendapatn sesal kemudian tiada gunanya. Maka eloklah mereka
bertaubat sebelum keadaan menjadi lebih rumit dan kembalilah kepada Manhaj Ahli
Sunnah wal Jamaah yang sebenar sesuai dengan kefahaman al-Salaf
al-Soleh.
Mehdi Akif yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang
angkuh bahawa Ikhwan akan terus menyokong kewujudan Iran di Mesir dan
menyatakan bahawa Syiah dan Sunni sama-sama menuju ke syurga hari ini telah
sesak nafas dengan keadaan yang berlaku.
Mehdi juga sebelum ini pernah menyatakan bahawa Ikhwan
Muslimin semenjak zaman al-Banna tidak pernah berganjak daripada prinsip
pendekatan Sunni-Syiah mereka hari ini mula nampak betapa sesatnya manhaj yang
dibawa olehnya yang secara tidak langsung akan membawa kehancuran pertubuhan itu
sendiri.
Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ
دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ
الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ
بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ
أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ
وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ
الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ
بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah
kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam”
(yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan
bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata
(tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan
oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu
keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah
orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan
mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala
Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka
bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka
berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah
(kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu
itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di
dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119].
Ayat ini jelas melarang kita menjadikan kaum kafir sebagai
teman rapat terutama kaum munafiqin dan Syiah Rafidah merupakan kaum munafiqin
yang Allah janjikan kepada mereka neraka yang paling bawah.
Janganlah kita lupa apa yang pernah dilakukan kaum ini
sepanjang sejarah terutama pembunuhan Saidina Usman bin Affan radiallahu anhu
dan peperanagn Jamal dan Siffin yang semaunya berpunca daripada rencana jahat
kaum syaitan ini. Wallahiua’lam.
DITULIS OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI,
https://bahayairan.wordpress.com/page/3/
0 comments:
Post a Comment