Assalaaamualaikum...
3 Analogi menarik drp intipati Khutbah Jumaat Masjid Bt. Jong Kuala Krai, untuk dikongsikan..
1. Banjir kerap berlaku di Kelantan, sesiapa yg membuat persiapan dengan meninggikan rumah, menyediakan sampan, meninggalkan rumah lebih awal, menyediakan bekalan makanan mencukupi dll, maka mereka akan selamat daripada keperitan banjir.
Demikianlah KEMATIAN dan HARI PEMBALASAN akhirat yang pasti tiba, sesiapa yang bersiap sedia untuknya, maka mereka akan terselamat daripada azab.
2. Bila banjir berlaku, kampung bergelap gelita tanpa bekalan elektrik, tanpa cahaya, penuh kegelapan dan ketakutan, cahaya lilin sangat diperlukan.
Demikian lah kegelapan di dalam kubur, hanya cahaya amal kebajikan yang diharapkan.
3. Banjir menyebabkan kesesakan lalu lintas, hanya yang bertaraf VVIP Dunia mendapat bantuan kenderaan iringan bersiren untuk melepasi kesesakan.
Demikian lah kesesakan di atas titian sirat di akhirat, hanya yang bertaraf VVIP akhirat dapat memecut sepantas kilat
sama2 kita renungkan..
0 comments:
Post a Comment