Sunday, November 11, 2012

KHUTBAH JUMAAT MINGGU INI. TUNTUTAN SOLAT BERJAMAAH....... 9 HB NOVEMBER 2012 / 24 ZULHIJJAH 1433



MASJID SUNGAI MERLONG
83100 RENGIT, BATU PAHAT, JOHOR
9 HB NOVEMBER 2012 / 24 ZULHIJJAH 1433

TUNTUTAN SOLAT BERJAMAAH.



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita bersama=sama bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar takwa. Semoga dengan bertakwa kita mendapat rahmat dan hidayah dari Allah SWT.

Firman Allah SWT:,
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya".

Melalui mimbar yang mulia ini, saya menyeru kepada sidang jumaat supaya bertakwalah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa. Semoga keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT jualah kunci kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

1. Solat fardu ibadah wajib yang perlu dilakukan oleh setiap muslim yang telah akil dan bahlig. Adapun firman Allah ayat 43 surah Al bakarah yang dibacakan diawal khutbah tadi yang bermaksud,;

 "Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk".

Ayat ini menjadi peringatan kepada kita supaya sentiasa menjaga kepatuhan perlaksanaan ibadah solat. Ia sama sekali tidak boleh diabaikan dalam apa jua keadaan sekalipun, baik semasa sihat, sakit, musafir, dalam kesenangan, dalam kesusahan, semasa sibuk dan sebagainya. Dalam apa jua keadaan, solat mesti ditunaikan oleh setiap muslim.

Dalam mengerjakan solat ini, Nabi Muhammadmengesa agar ia dilakukan secara berjamaah. Solat berjamaah memiliki kelebihan yang berkali ganda daripada solat secara bersendirian. Ini berdasarkan hadis Rasullahyang diriayatkan oleh Iman Al Bajari;

Bermaksud; " Solat Berjamaah Itu Lebih Afdal Daripada Solat Secara Sendirian Dengan 27 Kali Darjah".


Solat berjamaah adalah lambang kepada kesatuan, kemuafakatan, kesepakatan dan kemeseraan yang wujud dikalangan masyarakat setempat. Selain itu, ia juga menjadi lambang kepatuhan dan ketaatan kepada Allah SWT dalam melaksanakan ibadah yang difardzukan secara berjamaah. Ini kerana, melalui solat berjamaah, kita diminta berada dalam satu saf yang lurus dan teguh dibelakang imam. Ia sekaligus menggambarkan umat Islam itu sentiasa bersatu padu dalam menghadapi apa jua cabaran yang mendatang.

Sabda RasullahYang bermaksud;

"Luruskan Saf, Rapatkan Bahu, Penuhkan Ruang-Ruang Yang Kosong, Jangan Kamu Biarkan Kekosongan Dan Lompong Pada Saf Menjadi Tempat Saytan Menyelit.  Sesiapa Yang Menghubungkan Saf Nescaya Allah Sambung dan Kurangkan Urusannya. Sesiapa Yang Memutuskan Saf Nescaya Allah Putuskan Dirinya Daripada Mendapat Rahmat Allah".

3. Diantara adab dalam mengerjakan solat berjamaah itu, hendaklah pergerakan kita mematuhi pergerakan imam. Apabila imam rukuk, maka rukuklah makmum yang mengikutnya. Apabila imam sujud maka sujudlah juga makmum yang mengikutnya makmum sama sekali tidak boleh membuat pergerakan sendiri yang menjadikan "mufarakah"atau terkeluar daripada jamaah. Ini sama menunjukkan bahawa Islam amat memintingkan kesatuan dan perpaduan. Hal ini sama sekali tidak boleh diambil ringan dan mudah dengan melakukan suatu yang lain daripada jamaah. Ia menggambarkan ketaatan yang tidak berbelah bagi dalam menjalankan arahan Allah SWT.

Pada masa yang sama makmum diizinkan untuk menegur imam jika imam melakukan suatu perbuatan yang tidak tepat rukun dan syarat sah solat. Ini menggambarkan bertapa para jamaah mempunyai hak dan tanggungjawab untuk memberikan pandangan dan nasihat dan pembetulan supaya ibadah para jamaah sentiasa selari dengan kehendak syarak.

Daripada dua keadaan ini, imam dan makmum mempunyai tanggungjawab yang sama berat terhadap Allah SWT. Inilah kelebihan solat berjamaah, imam sebagai ketua dan makmum sebagai pengikut berkerjasama dalam menzahirkan kemantapan serta keteguhan perpaduan dikalangan umat Islam.

Sidang jamaah yang di rahmati Allah SWT,

4. Sesungguhnya solat berjamaah adalah bertujuan untuk umat Islam menyatukan hati-hati mereka. Dalam hal ini, tidak ada tempat yang lebih baik untuk menyatukan dan memurnikan hati masyarakat Islam melainkan melalui solat berjamaah khususnya di Masjid. Pentingnya untuk membina kesatuan hati melalui solat berjamaah ini kerana hati yang tidak dipandu dan diisi dengan cahaya keimanan, akan mudah hanyut dengan pujukan hawa nafsu.

Untuk itu, kita seharusnya mencontohi sikap sahabat-sahabat Nabiyang sentiasa setia menunggu untuk berserga solat berjamaah di masjid apabila tiba waktu solat. Masjid adalah tempat terbaik untuk mengerjakan solat berjamaahsebagaimana firmannya dalam surah Al Nur ayat 36;

Maksudnya;"(Nur Hidayat petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutamanya sekali) Di Rumah-Rumah Ibadat Yang Diperintahkan Oleh Allah Supaya Dimuliakan Keadaannya Dan Disebut Serta Diperingat Nama Allah Padanya Disitu Jua Dikerjakan Ibadat Mensuci dan Memuji Allah Pada Waktu Pagi Dan Petang".

Ingatlah wahai sidang Jumaat sekelian, orang yang mengerjakan solat berjamaah ini sentiasa berada dalam lingkungan doa para maklaikat dengan doa;

                       ""
bermaksud; "Ya Allah, Ampunilah Dia, Ya Allah, Kurnikanlah Rahmat Ke Atasnya".

Doa ini dibaca oleh para maklaikat kepada mereka yang tetap tekun berjamaah dalam solatnya. Malah ucapannya (Iman) yang dibacakannya makmum bersama imam dizahir bacaan surah Al-Fatihah ataupun turut sama didoakannya oleh para maklikat. Inilah antara kelebihan tersurat pada mengerjakan solat berjamaah ini.

Sidang Muslimin yang dimuliakan Allah Taalla, 

Bersempena sambutan tahun baru Hijrah yang akan tiba beberapa hari lagi, marilah kita sama-sama membina azam dan tekad yang baru, penuhkanlah masjid-masjid dan surau kita dengan para jamaah untuk menunaikan solat berjamaah. peruntukkanlah masa yang kita ada untuk mendirikan solat berjamaah. Semoga tahun baru Hijrah yang kita akan lalui memberi sinar yang lebih baik untuk kita memakmurkan masjid-masjid dan surau-surau pada setiap waktu. Mudah-mudahan, ketekunan kita mengerjakan solat berjamaah ini dapat menjadikan kita masyarakat Islam ini lebih bersatu hati, bersepakat dan bersatu padu dalam semua bidang kkehidupan.  

Maksudnya, : "Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)".





Imam ; Tuan Hj. Abd. Aziz bin Hj. Hassan
Bilal    : Tuan Hj. Abd Razak bin Hj. Sahar
KHUTBAH JUMAAT MINGGU INI. TUNTUTAN SOLAT BERJAMAAH 
9 HB NOVEMBER 2012 / 24 ZULHIJJAH 1433

0 comments:

 

Kaki Masjid

Suka Masjid