Wednesday, November 28, 2012

KHUTBAH JUMAAT MINGGU INI.. Khusyuk Didalam Solat 23HB NOVEMBER 2012 / 9 MUHARRAM 1434H



MASJID SUNGAI MERLONG
83100RENGIT, BATU PAHAT.

Khusyuk Didalam Solat


Sidang Jumaat yang dirahmati allah sekelian,

Marilah kita bersama bertakwa kepada allah SWTdengan sebenar-benar takwa. Semoga dengan bertakwa kita mendapat rahmat dan hadiah dari allah SWT.
Firman allah SWT;
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."

Sidang Jumaat yang dirahmati allah sekelian,

1. Ibadat yang kita lakukan setiap hari merupakan suatu kefarduan dan tanggungjawab yang mesti diselesaikan kepada setiap manusia dalam banyak dalam ibadat yang kita lakukan setiap hari, ibadat solat merupakan ibadat utama dimiliki nilaian dan ganjaran tersendiri disisi Allah.  Ibadat solat, khususnya solat fardu, merupakan urusaniaiatu urusan antara sesaorang hamba dengan tuhannya Al-imam Syafe"e Rahmatullah menyatakan "Sekiranya Solat Fardu Itu Tidak Dikurniakan Pahala Oleh Allah Taala, Ia Tetap Pula Ditunaikan Oleh Setiap Hambanya Kerana Urusan Ibadat Solat Itu Adalah Tanggungjawab Antara Dirinya Dengan Allah"

Hal ini menunjukkan bertapa pentingnya ibadat solat. Oleh itu mereka yang suka melewatkan solat atau sengaja meninggalkannya, para ulamak mengatakan mereka itu berdosa besar  kerana meninggalkan solat, malah dosa itu dianggap lebih berat daripada dosa berzina, minum arak, membunuh diri, merompak harta orang dan sebagainya.

Bergitu juga kepada mereka yang berterusan suka meninggalkan solat, para ulamak juga mengatakan mereka boleh menjadi kafir kerana hadis Nabimenyebut perkara antara sesaorang muslim dan kafir itu adalah solat. (Riyawat Al imam MUslim)


2. Ketika kita menunaikan solat, perkara utama yang diutamakan ialah khusuk semasa mengerjakannya. Itu kerana, sebahagian para ulamak siapa mengatakan, khusuk didalam solat itu umpama barang perniagaan yang kita lakukan dengan Allah taala. Jika perniagaan itu hanya dilaksanakan secara sambil lewa, sedangkan yang kita lakukan itu adalah dengan Allah Taala tuhan sekelian alam, sudah pasti ia tidak menarik minat untuk membelinya, tetapi solat yang khusuk diibaratkan sebagai suatu perniaggan yang menarik, dipenuhi roh, maka inilah dia solat yang dapat mendekatkan hubungan diri kita dengan Allah Taala.

Adapun khusuk didalam solat itu hukumnya adalah wajib, maka kita sebagai umat Islam wajib mencari cara atau jalan mendapatkan khusuk didalam solat. Hukumnya wajib itu diambil oleh para ulamakberdasarkan firman Allah Taala dalam surah Surah Al-Baqara Iaitu ayat 45 dibaca diawal khutubah yang bermaksud;
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk".  

Mereka yang khusuk dalam solatnya ganjarannya sudah tentu pastinya syurga firdaus Allah. Ini kerana mereka khusyuk  didalam solat adalah merupakan golongan mukmim yang berjaya disisi Allah. Sebagai mana firmannya didalam Surah Al-Mumenoon ayat 1 hingga 2;

Maksudnya; "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (1) Iaitu mereka yang khusyuk dalam
 solatnya. (2)".

Sidang jumaat yang dirahmati Allah, 

3. Apakah cara atau jalan untuk kita mendapatkan Khusyuk itu?. Bagi memudahkan mendapatkan khusyuk dalam solat, para ulamak telah menyusun beberapa kaedah mudahberdasarkan Hadis Nabi Muhammad. Antara kaedahnya adalah sebagaimana berikut;
  • i. Ketika seruan azan dan ikamah dikemundangkan, hendaklah kita tanamkan dalam fikiran ini rasa bersedia untuk mengerjakan solat. Ini dimulakan dengan membaca doa selepas azan ikamah, memakai pakaian yang sesuai, bersiwak, membersihkan diri dan sebagainya. Ini semua membantu kearah mendapatkan khusyuk didalam solat.
  • ii. Sentiasa menjaga Tomakninah didalam solat. Mereka yang tidak menjaga Tomakninah semasa solat ini dikira oleh Rasullahsebagai pencuri didalam solat, sehingga menyebabkan rukuk dan sujudnya menjadi tidak sempurna. Mereka yang sentiasa menjaga tomakninah semasa solat akan sentiasa sedar akan setiap perbuatan dan perkataan yang diucapkan semasa dalam solat dan itu membantu mendapatkan khusyuk dalam solat.
  • iii. Mengingati mati semasa solat. Ini berdasarkan hadis Riyawat Al-Siwati 
Ertinya; " Ia yang telah mati semasa kamu mengerjakan solat, sesungguhnya orang yang mengingati mati semasa mengerjakan solatnya pasti dia bersungguh-sungguh memperelokkan solatnya,dan tunaikan solat bersungguh-sungguh sehingga kamu menyangka mungkin ini adalah solat yang terakhir untuk kamu".

Oleh itu, orang yang merasakan solat yang dikerjakan itu solat yang terakhir, sudah pasti dia akan mengerjakan solatnya dengan penuh khusyuk kepasa Allah.
  • iv. Mendalami dan mengetahui ayat-ayat Al-quran dan zikir-zikir yang dibaca didalam solat. Ini kerana memahami makna ayat-ayat Al-quran adalah sebagai suatu cara kita bertakbir dengan Al-quran. Sama hal dengan memahami dizikir yang dibaca semasa mengejakan solat. Dengan memahami apa yang dibaca, akan menjadikan kita lebih insaf dan lebih dekat dengan Allah Taala.   
Selain itu, apabila kita mendalami dan mengetahui makna ayat-ayat Al-quran dan dizikir yang dibaca, menjadikan kita lebih peka dengan perlakuan imam. Apabila Imam mengucapkan Amin, kita turut sama mengucapkan Amin bersamanya, apabila imam rukuk, kita pun rukuk dan apabila imam sujud kita pun sujud.
  • v. Membaca ayat-ayat Al-quran secara tertib dan mengikut kaedah yang betul.Tidak membaca dengan tergesa-gesa atau tergopoh-gapah sehingga tersalah baris, tersilap ayat dan sebagainya. Bacalah ayat Al-quran yang laksanakan secara betul, menjadikan solat yang dilakukan lebih sempurna dan khusyuk.
  • vi. Sentiasa memperingatkan dalam diri bahawa Allah Taala akan mekabulkan dan menjawab segala apa yang diminta oleh hambanya semasa dalam solat. Ini berdasarkan hadis Nabiyang diriwayatkan oleh Al-Hakim yang bermaksud;    
      "Sesungguhnya apabila solat dan apabila kamu bermunajat (berdoa) Allah Taala akan lihat tentang cara bagaimana kamu bermunajat". 

 ,

Untuk itu, diharapkan panduan ringkas yang diberikan ini sedikit sebanyak boleh membantu untuk kita mendapatkan khusyuk didalam solat. Semoga khusyuk yang diperolehi menjadikan ibadah solat itu diganda-gandakan pahalanya dan diterima sebagai amalan ibadat daripada hamba yang diredhainya kepada tuhannya, Allah.

Maksudnya; " (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (191)".







Imam ; Tuan Hj. Karim bin Yatim
Bilal    : Tuan Hj. Abd Razak bin Hj. Sahar
KHUTBAH JUMAAT MINGGU INI...  Khusyuk Didalam Solat  
23HB NOVEMBER 2012 / 9 MUHARRAM 1434H

0 comments:

 

Kaki Masjid

Suka Masjid