Friday, October 19, 2012

Khutbah Jumaat Minggu Ini; JOHOR BEBAS ASAP ROKOK


Khutbah Jumaat Minggu Ini; "JOHOR BEBAS ASAP ROKOK"
MASJID SUNGAI MERLONG,
83100 RENGIT, BATU PAHAT, JOHOR.
19 HB OKTOBER 2012 / 3 ZULHIJJAH 1433.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
  A195
                          (surah Al- Baqarah ayat 195)
أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَّعَلَى أَلِهِ وأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْن
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله. إِتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.



Sidang Jumaat yang di rahmati allah,
Marilah kita bersama bertakwa kepada allah SWTdengan sebenar-benar takwa. Semoga dengan bertakwa kita mendapat rahmat dan hadiah dari allah SWT.
Firman allah SWT;
A059
Maknanya;
 “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”.( Surah An-Nisaa' ayat 59)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT,

1. Umat manusia diciptakan dengan memeliki kelebihan tersendiri berbanding dengan makhluk-makhluk yang lain. kerena ianya dibekalkan dengan akal fikiran dan anggota badan yang sempurna. Kerena kelebihan itulah, menjadi tanggungjawab kita sebagai manusia untuk manjaga akal fikiran dan anggota badan dengan sebaik mungkin dengan mengamalkan cara hidup yang sihat serta mengelakkan daripada melakukan perkara yang menderitakan.

Antara perkara-perkara yang ditegah oleh allah SWT terhadap hambanya adalah seperti melakukan perkara yang boleh memudaratkan diri, harta benda, kesihatan, kekayaan dan hubungan sesama manusia.

Firman allah SWT dalam surah Al- Baqarah ayat 195 di atas yang bermaksud;
 "  Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya".

Sesungguhnya kesihatan itu adalah anugerah dan kurniaan allah SWT yang wajib kita syukuri dan nikmati, akan tetapi terdapat sebilangan orang yang tidak menghiraukan dan mensyukuri akan hakikat ini. Mereka lalai dan leka menghargainya sehinggalah apabila ditimpa musibah atau sakit, barulah mereka menyadari akan kerugian tidak menjaga kesihatan tubuh badannya. 

Sebagaimana dalam sebuah Hadia SAW yang bermaksud,

 "Daripada Anas Radiallah Katanya, telah bersabda Rasullah SAW ; dua nikmat yang dilupakan oleh kebanyakan orang adalah kesihatan dan masa lapang." (Riwayat Imam Al- Imam Albahri)      


Ialam amat menitikberatkan dalam penjagaan kesihatan tubuh badan dari sebarang perkara yang boleh memudaratkan. Adapun perkara yang boleh memudaratkan dan merbahayakan kesihatan itu adalah Tabiat Merokok. 

Sidang Jumaat yang dirahamati allah,

2. Kita kesal mengapa masih ada orang yang berterusan dan enggan berhenti daripada merokok. Walhal pendapat ulamak dari seluruh dunia Islam mengenai haramnya merokok telah pun banyak telah dijelaskan. Kesan keburukannya terhadap kesihatan juga telah banyak kali diperingatkan, bahkan Kementerian Kesihatan juga telah pun menubuhkan kelinik berhenti merokok bagi mempermudahkan perokok membuang tabiat buruk itu. Namun, masih terdapat perokok-perokok yang tidak mengindahkan Peraturan-Peraturan Hasil Tembakau 2004 dengan merokok Di kawasan Larangan Merokok.

Disedari atau tidak perbuatan merokok ini adalah perbuatan yang berdosa.
Ini kerana Islam jelas sekali menyuruh umat untuk menghidarkan diri daripada mudarat dan bahaya. Islam sangat keselamatan dan kesejehteraan umatnya.

3. Jika ada dikalangan perokok yang telah sedar dan mula untuk menghentikan tabiat tersebut, Tahniah Kita Ucapkan.

Walaubagaimana pun, masih juga kedengaran alasan dan kelohan dikalangan perokok yang menyatakan tabiat buruk itu sukar dan susah untuk dihentikan. Apa yang perlu dilakukan menanam dan melatih jiwa ini untuk menolak terus-terusan tabiat merokok ini. 

Firman Allah SWT dalam surah  Ar-Ra'd -( سورة الرعد )ayat 11; 
Maksudnya;
...................... Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. 

Sidang Jumaat yang dirahmati sekelian,

4. Udara yang bersih dan bebas dari asap rokok adalah amat penting untuk kesihatan manusai. Setiap insan di dunia ini mempunyi hak untuk menikmati udara bersih yang tidak bercampur oleh asap rokok. 

Kajian menunjukkan seseorang yang merokok itu hanya menyedut lebih kurang 30% daripada asap rokoknya, sedangkan baki daripadanya 70% asap rokok itu meresap ke udara dan lebih teruk mungkin atau boleh disedut oleh orang lain disekelilingnya termasuk kanak-kanak dan ibu hamil. 

Asap rokok ini sebenarnya boleh merosakkan semua organ dan tisu dalam badan. Sumber maklumat menyatakan asap rokok mengandungi 4000 jenis bahan kimia merbahaya dan termasuk 69 jenis bahan yang menyebabkan penyakit kansser. 

Apa yang membimbangkan kita, terdapat segelintir manusia yang bersikap sambil lewa terhadap tanggungjawab supaya tidak menjerumuskan diri kearah memudaratkan ini. Sedangkan Allah melarang perbuatan ini. Ajaran Islam juga melarang umatnya daripada melakukan sesuatu yang memudaratkan orang lain melalui tindakannya seperti mengancam hak golongan paling ramai bukan perokok dengan udara yang tercemar asap rokok.

Sebagaimana dalam sebuah Hadis Rasullah SAW yang bermaksud; 
" Janganlah memalakukan sesuatu yang mudarat dan yang memudaratkan orang lain".   +

Sidang Jumaat yang dirahamati Allah SWT, 

5. Atas sebab itulah usaha untuk menjadikan negeri Johor bebas dari ancaman asap rokok amat penting bermula sekarng. Ia bertujuan untuk melindungi orang awam dari ancaman terdedah kepada asap rokok yang memudaratkan kesihatan. 

Pengistiharan Tempat-Tempat Didalam Dan Di Luar Bangunan tertentu sebagai kawasan ditegah merokok antaranya seperti Premis-perimis Kerajaan, Masjid, Surau, Kantin, Dewan Serbaguna, Hospital, Institusi Pendidikan dan juga mana-mana premis yang digunakan bagi maksud perniagaan seperti Hotel, Restoren, Setesen Minyak, Taman  Rekreasi dan sebagainya.  

6. Kesedaran dan pengetahuan setiap ahli masyarakat pula perlu dipertingkatkan dan diperkasakan. Setiap pemilik premis juga perlu berperana menyokong usaha ini sekurang-kurangnya dengan tidak menyedikan kemudahan perokok dan membantu kempen larangan merokok. 

Orang ramai pula terutamanya perokok seharusnya dengan tidak di mana-mana premis yang mempamirkan tanda larangan merokok bagi menghormati hak ahli masyarakat yang lain. 

Sidang Jumaat yang dirahmati allah sekelian,

Bagi memastikan negeri Johor bebas dari asap rokok ini, mimbar menyeru sidang Jumaat sekelian, marilah kita bersama-sama memastikan persekitaran kita bersih dari ancaman asap rokok. Iaitu melalui usaha membudayakan tabiat tidak merokok sebagai amalan cara hidup yang sihat.

7. Dalam masa yang sama, kita hendaklah sama-sama berganding bahu terus-menerus berusaha menasihati perokok agar membuang terus tabiat buruk tersebut. Sikap nasihat-menasihati adalah merupakan asas kekuatan umat islam yang sentiasa menjaga masalah saudara sesama Islam.

Disamping itu, kerjasama serta usaha pemantauan berterusan dan sokong dari pelbagai pihak seperti agensi-agansi kerajaan, agensi Penguatkuasaan, pemilik atau pengusaha premis-premis perniagaan dan perindusterian dan orang ramai adalah sangat diharapkan.

Mudah-mudahan dengan kerjasama dan perpaduan kepada usaha mulia ini, kita mampu mencapai matlamat melahirkan masyarakat dan persekitaran negeri Johor Yang Bebas Dari Asap Rokok.     



بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَلَّ اللهُ مِنِّيْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ، إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.



















Khatib oleh  ; Imam Tuan Hj. Abd Karim Bin Yatim
Bilal oleh     ; En. Mohammad Nizam Bin Mohammad Nor
Jumaat      ; 19 HB OKTOBER 2012 / 3 ZULHIJJAH 1433.







0 comments:

 

Kaki Masjid

Suka Masjid