Penubuhan masjid Sungai Merlong ini adalah lambang satu pengorbanan dan usaha berterusan penduduk sekitarnya yang prihatin ketika itu. Mula dibina disekitar tahun 1935 dengan jamaah kariah meliputi kampong Kampung Pt. Tengah, Belahan Tampok, Tampok, Pt. Wak Kawik dan Kampung Sg. Merlong telah banyak melalui pelbagai peristiwa dan pembangunan sehingga sekarang.
Menyedari pada ketika itu tidak terdapat sebuah masjid untuk menjalankan aktiviti keagamaan selain menunaikan kewajipan terutamanya solat Jumaat, maka dibina sebuah masjid dengan sumbangan wang dan tenaga penduduk sekitar itu sendiri.
Keluasan masjid pada ketika itu berukuran 60 kaki x 60 kaki persegi iaitu berbentuk empat segi tepat. Dindingnya dari papan dan kayu. Manakala pada bahagian atapnya pula diperbuat daripada zink tebal yang mempunyai bucu empat segi sementara tiangnya diperbuat daripada batu-bata dan tanah liat
Pintu dan alang pula diperbuat daripada kayu yang teguh sementara lantai masjid yang pada awalnya berasal daripada tanah liat namun kemudiannya telah disimen oleh generasi baru.Pada waktu malam akan dipasang lampu minyak tanah untuk menerangi masjid terutamanya pada bulan puasa dan ketika diadakan sebarang sambutan dan kenduri.
Tikar mengkuang, tikar menerung atau tikar rumput dijadikan hamparan di dalam masjid. Kolam di hadapan masjid menjadi tempat jamaah mengambil wuduk.
Usaha dan prihatin yang berterusan penduduk sekitarnya, dengan adanya bantuan kerajaan bangunan yang hanya dibina kayu dan beratapkan rumbia, masjid ini telah melalui 4kali pembinaan semula dan baik pulih sehingga sekarang yang telah mempunyai pelbagai kemudahan asas.
0 comments:
Post a Comment