Wednesday, September 19, 2012

JEMPUTAN KE MAJLIS KHATAM QURAN, MERAIKAN FAKIR/MISKIN DAN SUMBANGAN HARI RAYA 2012










Masjid Sg. Merlong,
 83100 Rengit, Batu Pahat,
 Johor Darul Takzim.
9HB OGOS, 2012

Kepada,


PER; JEMPUTAN KE MAJLIS KHATAM QURAN, MERAIKAN  FAKIR/MISKIN DAN                
          SUMBANGAN HARI RAYA





Merujuk perkara di atas,

Adalah dimaklumkan kami Ahli Jawatankuasa Masjid Sg. Merlong, akan mengadakan Majlis Khatam Quran Meraikan Fakir/Miskin Dan Sumbangan Hari Raya, di majlis itu juga penyerahan wang fitrah(2012) dan sumbangan Hari Raya akan diberikan pada fakir/miskin dan kepada yang layak.

2. Sehubungan dengan itu juga, sukacita pihak kami menjemput tuan/puan hadir pada tarikh dan masa sebagaimana berikut;
  • Tarikh ;        Hari Ahad 12HB OGOS 2012
  • Masa   ;        Jam 5.00 Petang
  • Bertempat ; Masjid Sg. Merlong

3.Kami berharap benar agar pihak tuan dapat hadir untuk mengambil sumbangan Hari Raya di majlis ini nanti. Kehadiran tuan/puan pihak kami dahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih

Saya yang menjalan tugas,



………………………………………..
(Mohammad Nizam bin Mohammad Nor)
Amil Zakat Fitrah Kawasan Sg. Merlong, Mukim 12.


*Sila maklumkan kepada Amil jika tidak dapat hadir dan sila nyatakan siapa yang diwakilkan.

Tn. Hj. Bandi bin Hj. Supaat ( Penggerak Masjid dan Surau Mukim 12 ) menyampaikan bahagian nisbah zakat kepada fakir miskin 12 dan sumbangan hari raya12..





Kepada Jawatankuasa
Majlis Khatam Quran dan Meraikan Fakir/ Miskin,
Masjid Sg. Merlong,

Adalah saya ................................................................................................... telah dipilah untuk menerima Sumbangan Hari Raya 2012,      Akan hadir     /    tidak dapat hadir (*)  di Majlis Khatam Quran,  Meraikan Fakir/ Miskin Dan Penyerahan Sumbangan Hari Raya,  pada hari Ahad 12HB OGOS 2012 ini.


(*) potong yang tidak berkenaan

(Sila penuhkan kenyataan di bawah ini kepada yang Tidak Dapat Hadir)

Saya tidak dapat hadir kerana ………………………………………………………………
Dan saya amanahkan dan di wakili oleh ……………………………………………………
untuk menerima sumbangan hari raya 2012.


Saya yang benar,

………………………………………………………….
Nama;
No. Kad Pengenalan;






0 comments:

 

Kaki Masjid

Suka Masjid